Pages

Sunday 3 March 2013

2 Sahabat

Al kisah dua orang pelajar Syariah tengah makan tengahari.

Si A mengambil sepinggan nasi beserta lauk, lalu dia duduk dan makan. Begitu juga sahabatnya si B.

Belum sempat si A selesai menyuap suapan yang ke-3, si B sudah bangun menambah.

Pelajar A: Oi, cepatnya engkau tambah!
Pelajar B: Sesungguhnya Allah mencipta makhluknya berpasangan, aku ikut sunnatullah je, dua.
Pelajar A: . . .

--
Kemudian baru suapan ke enam pelajar A, si B sudah licin pinggannya dan tambah lagi.
Pelajar A: Tadi kata berpasangan?
Pelajar B: Sunnah Rasul buat sesuatu 3 kali. Macam wudhu', beri salam, dan lain-lain, maknanya 3  ni bilangan istimewa. Rasul SAW kalau ulang sesuatu yang penting pun 3 kali.
Pelajar A: . . .

--
Tak sampai seminit, si B tambah lagi!
Pelajar A: Lapar betul engkau ni! Tadi kata ikut sunnah?
Pelajar B: Seorang lelaki boleh berkahwin empat, itu had nafsunya. Sedangkan kahwin pun boleh empat, apa salahnya makan empat?
Pelajar A: Nafsu pulak . . .

--
Pelajar A baru habis separuh pinggan, si B tambah lagi!
Pelajar A: Kuat betul nafsu engkau!
Pelajar B: Kalau solat yang menjadi makanan rohani itu lima kali sehari, nasi pulak makanan jasmani. Yang penting khusyuk!
Pelajar A: Pandai-pandai je...

--
Dan B seterusnya tambah pinggan yang keenam.
Pelajar A: Hai... solat sunat pulak ke?
Pelajar B: Allah mencipta alam langit dan bumi bukan gedebok sekaligus, tapi Allah bahagi-bahagikan ke enam hari, yakni enam peringkat. Allah ajar kita, buat sesuatu mesti bersistem, ada tahap-tahapan! Jadi aku makan pun bukan sekaligus, tapi sikit-sikit, enam peringkat, ikut sunnatullah.
Pelajar A: . . .

--
Pelajar A hanya tersenyum sumbing. Dia baru nak habis sepinggan, B dah tambah lagi.
Pelajar A: Hebat gila selera engkau.
Pelajar B: Angka tujuh ialah angka yang istimewa. Allah cipta tujuh hari seminggu, tujuh langit, tujuh ayat surah al-Fatihah, dan banyak lagi contoh lain keistimewaan angka tujuh.

Pelajar A: (tersenyum sinis) Meh aku beritahu engkau sesuatu.
Pelajar B: Apa dia?

Pelajar A: Aku baru makan SATU pinggan. Engkau dah makan TUJUH. Bukan ke Nabi s.a.w bersabda yang orang kafir makan dengan TUJUH perut, sedang orang Islam hanya  makan dengan SATU perut?

Pelajar B: LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH! Nasib baik engkau ingatkan! 
                 Meh aku tambah lagi sepinggan, biar tak menyamai orang kafir!
Pelajar A: (tepuk dahi kuat-kuat)

--------------------


Moral:

Orang agama atau orang yang cerdik adakalanya lebih pandai memutar-belit hujah jika mereka tidak jujur. Maka bertakwalah kepada Allah, sama ada anda belajar agama atau tidak. Lebih-lebih lagi jika anda belajar agama. Dan nilailah setiap perkataan dengan neraca iman dan ilmu, dan bertanyalah kepada orang yang lebih alim dan dipercayai kejujurannya. Kalau manusia biasa pun pandai mencipta alasan, inikan pula orang alim dan cerdik pandai!
Credit to facebook

Mengapa Portugis tidak menawan Utara?

Mengikut sejarah, Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke AsiaTenggara (Melaka pusat perdagangan Asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 (anggaran) bala tentera.

1509: Portugis menghantar perisik keMelaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah,Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat Dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara,mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalampertempuran selama 6 Hari itu dengan 5 Hang bersaudara. Akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan berputus asa.

1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah Dan P.Pinang, yang ketikaitu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini.

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera disana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.