Pages

Tuesday, 4 February 2014

Asal Usul Sumatera

Sekembalinya dari mengutip ufti dari negara-negara bawah jajahannya, Datuk Lakasmana Ganesh beserta 100 hulubalang singgah di sebuah pulau berhampiran Majapahit. Pulau besar yang tiada berpenghuni itu sejak zaman-berzaman terbiar tanpa pembangunan. Seluruh pulau itu dijelajahinya, tiada apa pun yang ditemui selain hutan belantara, semak samun dan binatang-binatang hutan... Sesampainya dia ke Majapahit dipersembahkanlah hal ini kepada Sultan Sri Wijaya...

Datuk Laksamana : "Tuanku, patik rasa ada elok juga kalau itu pulau kita kasi jajah sama dia?"

Sultan : "Sapa ada sana?"

Datuk Laksamana : "Tara sapa"

Sultan : "Apa nama itu pulau?"

Datuk Laksamana : "Tara tau"

Sultan : "Sana ada orang?"

Datuk Laksamana : "Tara"

Sultan : "Rumah?"

Datuk Laksamana : "Tara"

Sultan : "Sign-Board?"

Datuk Laksamana : "Tara"

Sultan : "Apa pun tara?"

Datuk Laksamana : " Hutan ada la, lain suma tara..."

Sultan : "Okey kalu itu macam kita ambil ini pulau, pasal suma pun tara dekat situ kita kasi dia nama 'SUMATARA'."

Begitulah ceriternye asal usul nama pulau Sumatara yang sekarang dipanggil PULAU SUMATERA...


P/S : Teringat cerita lawak asal usul nama negeri pahang.. otak opah ang~ (orang utara bergaduh) Haha..



Lawak Orang Utara

Satu lagi untuk kita jadikan iktibar apa yang berlaku di sebuah surau di Kedah. Setelah beberapa minit masuk waktu, pak bilal atau muazzin tidak juga muncul, yang ada hanya imam dengan seorang musafir, maka si imam pun minta tolong kepada si musafir untuk azan...

Pak Imam: Saudara bang sat...

Dengan muka merah padam dan marah si musafir menjawab,

Musafir: Saya tahu saya orang luar tapi janganlah panggil saya bangsat!

Pak Imam: Saya suruh saudara bang,bukan panggil bangsat... bang tu azan la..

Musafir yang baru faham bahasa Kedah terus mencelah dengan laju...

Musafir: Oooo baru saya faham..kalau macam tu Pak Imam bang la...

Pak Imam: Awat hang panggil aku bangla pulak?

Musafir: Tak lah saya suruh Pak Imam azanlah....hehe..

Pak Imam: (Adoi.. aku plak yang kena)

Saturday, 16 November 2013

Fakta tentang Bugatti Veyron






Bugatti Veyron adalah salah satu kereta terlaju pernah dihasilkan. Dibawah merupakan fakta mengenai kereta hebat ini. (Dicilok dari facebook)

1. Develop oleh German dan dihasilkan di France.

2. Maximum engine power, 1100 bhp bersamaan dengan 10 engine campro CPS.

3. Jumlah silinder engine ialah 16 iaitu bersaamaan dengan jumlah silinder untuk 4 buah engine kereta biasa.

4. Mempunyai 7 gear. Sama seperti kereta F1. Harga untuk 1 gearbox ialah 120K USD (RM360K). Dengan jumlah duit yang sama, anda boleh membeli sebuah rumah teres di shah alam atau 3 buar rumah teres di Rawang.

5. Tayar kereta ini hanya boleh diservis di France. Harga sekali servis ialah 70K USD dan harga bagi satu set tayar ialah 25K USD. Maka jumlah keseluruhan ialah 125K USD (RM375K). Dengan jumlah yang sama, anda boleh membeli tiket pergi balik dari KLIA ke Amsterdam sebanyak 75 trip.

6. Berat kosong kereta ini ialah 2 tan. Bersamaan dengan berat dua Myvi.

7. Jumlah radiator yang dipasang untuk kereta ini ialah 10. Kereta normal hanya ada 1 sahaja radiator.

8. Maksimum speed untuk kereta F1 ialah sekitar 360 km/h sedangkan maksimum speed untuk kereta ini ialah 434.20 km/h. Maka pemilik kereta ini secara automatiknya mampu mengalahkan schumacher, vettel, alonso dsb.

9. Pada kelajuan 360 km/h, jarak yang dijangkaui dengan kelajuan ini pada setiap saat adalah bersamaan dengan jarak dari hujung ke hujung sebuah padang bolasepak (100m). Usain bolt hanya mampu mengambil masa 9.4 saat untuk menghabiskan 100meter.

10. Kereta ini mampu membrek dari 400 km/h ke 0 km/h dalam masa 10 saat. Jarak braking yang diperlukan ialah 1.2 km. Ini bermakna, ketika kereta ini bergerak pada 400 km/h anda perlu berada at least 1.2 km dari hadapan kereta ini untuk mengelak dilanggar.

11. Kereta ini hanya mengambil masa sebanyak 9.8s untuk memecut dari 0 - 240km/h. Ini bermakna, sekiranya anda mengira 1 hingga 10 dalam permainan sorok2, kereta ini telah berada sejauh 650m dari anda.

12. Pada kelajuan 400 km/h ke atas, setiap minit kereta ini memerlukan 1.2 liter petrol. Jumlah yang menyamai 2 botol air mineral kecik ataupun RM 2.20sen (harga petrol semasa). Selepas 10 minit, kos akan meningkat kepada RM22. cukup untuk cover duit minyak motor selama 2 minggu.

13. Pada kelajuan 400 km/h tayar kereta hanya boleh bertahan selama 15 minit sebelum pecah. Tetapi, jangan risau sebab, walaupun petrol penuh, ianya hanya mampu bertahan selama 10 minit sebelum kering.

14. Pada kelajuan 400 km/h, jumlah udara yang disedut oleh engine veyron membolehkan manusia normal bernafas selama 4 hari.

15. Kunci khas diperlukan sekiranya pemandu ingin memandu pada halaju 400 km/h. Kunci ini hanya boleh dipasang ketika kereta tidak bergerak. Ini disebabkan, pemandu perlu memeriksa sistem kereta dan semua sistem dalam keadaan ok untuk pergi ke halaju 400 km/h.

16. Kos untuk membuat sebiji Bugatti Veyron ialah 1.3 juta pound. Tetapi ianya hanya dijual pada harga 800k pound.

17. Jika hendak dijual malaysia, harga sebelum cukai ~ RM 4 juta. selepas cukai akan overshoot ~ RM 12 juta. Gaji untuk engineer fresh graduate di Malaysia ~ RM2500. Maka 333 tahun diperlukan untuk mengumpul duit untuk membeli sebuah Bugatti Veyron. Itupun, gaji tersebut tak boleh dibelanja langsung!



ps : kerata mahal2 tetapi tetap terlekat dalam jam dan tetap tak boleh pandu laju..  XD

Tuesday, 20 August 2013

Syiah Dan Iran


           Seperti yang kita ketahui, Iran adalah salah satu negara Syiah terbesar di dunia. Iran terkenal dengan sejarahnya iaitu ‘Revolusi Islam Iran’ yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeini, seorang pemimpin besar Syiah. Namun, pernahkah kita bertanya, “mengapa Syiah itu berpusat di Iran dan tidak di negara lain?” Untuk menjawab persoalan berkenaan, maka adalah seharusnya kita kembali kebelakang, mengkaji sejarah masa lalu.


       Iran merupakan negara yang dahulunya dikenali dengan nama Parsi. Parsi merupakan sebuah kerajaan yang besar dimana majoriti penduduknya menganut agama Majusi (penyembah api, atau lebih dikenal sebagai Zoroasterisme). Kehidupan mereka mewah dengan harta benda, kerana sememangnya kota-kota di Parsi itu indah dan subur, serta peradabannya cukup maju pada masa itu.

         Pada abad ke-7 Masihi, ketika cahaya Islam baru sahaja menjadi satu kuasa besar dalam percaturan kekuasaan di dunia, Islam tampil sebagai 'rising star' dibawah pimpinan Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar mengembangkan wilayah Islam sehingga ke Parsi, dimana pada ketika itu Parsi bernama Sassania. Pertempuran tentera Islam melawan tentera Parsi yang dikenali dengan nama peperangan Qadisiyah, diantara Saad bin Abi Waqqash melawan panglima Parsi, Rustum. Parsi akhirnya kalah. Peperangan demi peperangan melemahkan lagi empayar Parsi sekaligus membawa Kaisar Parsi di ambang kehancuran. Akhirnya Empayar Parsi benar-benar runtuh dalam Perang Madain pada tahun 651 Masihi.



Sunday, 3 March 2013

2 Sahabat

Al kisah dua orang pelajar Syariah tengah makan tengahari.

Si A mengambil sepinggan nasi beserta lauk, lalu dia duduk dan makan. Begitu juga sahabatnya si B.

Belum sempat si A selesai menyuap suapan yang ke-3, si B sudah bangun menambah.

Pelajar A: Oi, cepatnya engkau tambah!
Pelajar B: Sesungguhnya Allah mencipta makhluknya berpasangan, aku ikut sunnatullah je, dua.
Pelajar A: . . .

--
Kemudian baru suapan ke enam pelajar A, si B sudah licin pinggannya dan tambah lagi.
Pelajar A: Tadi kata berpasangan?
Pelajar B: Sunnah Rasul buat sesuatu 3 kali. Macam wudhu', beri salam, dan lain-lain, maknanya 3  ni bilangan istimewa. Rasul SAW kalau ulang sesuatu yang penting pun 3 kali.
Pelajar A: . . .

--
Tak sampai seminit, si B tambah lagi!
Pelajar A: Lapar betul engkau ni! Tadi kata ikut sunnah?
Pelajar B: Seorang lelaki boleh berkahwin empat, itu had nafsunya. Sedangkan kahwin pun boleh empat, apa salahnya makan empat?
Pelajar A: Nafsu pulak . . .

--
Pelajar A baru habis separuh pinggan, si B tambah lagi!
Pelajar A: Kuat betul nafsu engkau!
Pelajar B: Kalau solat yang menjadi makanan rohani itu lima kali sehari, nasi pulak makanan jasmani. Yang penting khusyuk!
Pelajar A: Pandai-pandai je...

--
Dan B seterusnya tambah pinggan yang keenam.
Pelajar A: Hai... solat sunat pulak ke?
Pelajar B: Allah mencipta alam langit dan bumi bukan gedebok sekaligus, tapi Allah bahagi-bahagikan ke enam hari, yakni enam peringkat. Allah ajar kita, buat sesuatu mesti bersistem, ada tahap-tahapan! Jadi aku makan pun bukan sekaligus, tapi sikit-sikit, enam peringkat, ikut sunnatullah.
Pelajar A: . . .

--
Pelajar A hanya tersenyum sumbing. Dia baru nak habis sepinggan, B dah tambah lagi.
Pelajar A: Hebat gila selera engkau.
Pelajar B: Angka tujuh ialah angka yang istimewa. Allah cipta tujuh hari seminggu, tujuh langit, tujuh ayat surah al-Fatihah, dan banyak lagi contoh lain keistimewaan angka tujuh.

Pelajar A: (tersenyum sinis) Meh aku beritahu engkau sesuatu.
Pelajar B: Apa dia?

Pelajar A: Aku baru makan SATU pinggan. Engkau dah makan TUJUH. Bukan ke Nabi s.a.w bersabda yang orang kafir makan dengan TUJUH perut, sedang orang Islam hanya  makan dengan SATU perut?

Pelajar B: LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH! Nasib baik engkau ingatkan! 
                 Meh aku tambah lagi sepinggan, biar tak menyamai orang kafir!
Pelajar A: (tepuk dahi kuat-kuat)

--------------------


Moral:

Orang agama atau orang yang cerdik adakalanya lebih pandai memutar-belit hujah jika mereka tidak jujur. Maka bertakwalah kepada Allah, sama ada anda belajar agama atau tidak. Lebih-lebih lagi jika anda belajar agama. Dan nilailah setiap perkataan dengan neraca iman dan ilmu, dan bertanyalah kepada orang yang lebih alim dan dipercayai kejujurannya. Kalau manusia biasa pun pandai mencipta alasan, inikan pula orang alim dan cerdik pandai!
Credit to facebook

Mengapa Portugis tidak menawan Utara?

Mengikut sejarah, Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke AsiaTenggara (Melaka pusat perdagangan Asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 (anggaran) bala tentera.

1509: Portugis menghantar perisik keMelaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah,Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat Dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara,mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalampertempuran selama 6 Hari itu dengan 5 Hang bersaudara. Akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan berputus asa.

1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah Dan P.Pinang, yang ketikaitu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini.

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera disana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.

Saturday, 8 December 2012

Siapa Salah Siapa Betul?


Sepasang pengantin baru sedang berjalan bergandingan tangan di sebuah Taman pada suatu malam musim panas yang indah, selepas makan malam.
Mereka sama-sama sedang menikmati yang menakjubkan tatkala mereka mendengar suara di kejauhan: "Kuek! Kuek!"
"Dengar," kata is isteri, "Itu pasti suara ayam."
"Bukan, bukan. Itu suara itik," kata is suami.
"Tak, aku yakin itu ayam" is isteri berk
eras.
"Mustahil. Suara ayam itu 'kukukuukruuuk!', Itik itu 'kuek! Kuek! 'Itu itik, Sayang" kata is suami dengan disertai gejala-gejala awal kekesalan.
"Kuek! Kuek!" terdengar lagi.
"Baik, tu! Itu suara itik" kata si suami.
"Bukan, Sayang. Itu ayam. Aku yakin betul" jawab si isteri, sambil Menghentakkan kaki.
"Dengar ya! Itu a ... DA ... Lah ... I ... tik, ITIK. ITIK! Faham? " Si suami berkata dengan marah.
" Tapi itu ayam" Si isteri masih berkeras.
"Itu jelas-jelas I ... tik, kamu ... Kamu ...." Terdengar lagi suara, "Kuek! Kuek!" sebelum si suami mengatakan sesuatu yang sebaiknya tak sempat dikatakannya.