Bugatti Veyron adalah salah satu kereta terlaju pernah
dihasilkan. Dibawah merupakan fakta mengenai kereta hebat ini. (Dicilok dari
facebook)
1. Develop oleh German dan dihasilkan di France.
2. Maximum engine power, 1100 bhp bersamaan dengan 10 engine
campro CPS.
3. Jumlah silinder engine ialah 16 iaitu bersaamaan dengan
jumlah silinder untuk 4 buah engine kereta biasa.
4. Mempunyai 7 gear. Sama seperti kereta F1. Harga untuk 1
gearbox ialah 120K USD (RM360K). Dengan jumlah duit yang sama, anda boleh
membeli sebuah rumah teres di shah alam atau 3 buar rumah teres di Rawang.
5. Tayar kereta ini hanya boleh diservis di France. Harga
sekali servis ialah 70K USD dan harga bagi satu set tayar ialah 25K USD. Maka
jumlah keseluruhan ialah 125K USD (RM375K). Dengan jumlah yang sama, anda boleh
membeli tiket pergi balik dari KLIA ke Amsterdam sebanyak 75 trip.
6. Berat kosong kereta ini ialah 2 tan. Bersamaan dengan
berat dua Myvi.
7. Jumlah radiator yang dipasang untuk kereta ini ialah 10.
Kereta normal hanya ada 1 sahaja radiator.
8. Maksimum speed untuk kereta F1 ialah sekitar 360 km/h
sedangkan maksimum speed untuk kereta ini ialah 434.20 km/h. Maka pemilik
kereta ini secara automatiknya mampu mengalahkan schumacher, vettel, alonso
dsb.
9. Pada kelajuan 360 km/h, jarak yang dijangkaui dengan
kelajuan ini pada setiap saat adalah bersamaan dengan jarak dari hujung ke
hujung sebuah padang bolasepak (100m). Usain bolt hanya mampu mengambil masa
9.4 saat untuk menghabiskan 100meter.
10. Kereta ini mampu membrek dari 400 km/h ke 0 km/h dalam
masa 10 saat. Jarak braking yang diperlukan ialah 1.2 km. Ini bermakna, ketika
kereta ini bergerak pada 400 km/h anda perlu berada at least 1.2 km dari
hadapan kereta ini untuk mengelak dilanggar.
11. Kereta ini hanya mengambil masa sebanyak 9.8s untuk
memecut dari 0 - 240km/h. Ini bermakna, sekiranya anda mengira 1 hingga 10
dalam permainan sorok2, kereta ini telah berada sejauh 650m dari anda.
12. Pada kelajuan 400 km/h ke atas, setiap minit kereta ini
memerlukan 1.2 liter petrol. Jumlah yang menyamai 2 botol air mineral kecik
ataupun RM 2.20sen (harga petrol semasa). Selepas 10 minit, kos akan meningkat
kepada RM22. cukup untuk cover duit minyak motor selama 2 minggu.
13. Pada kelajuan 400 km/h tayar kereta hanya boleh bertahan
selama 15 minit sebelum pecah. Tetapi, jangan risau sebab, walaupun petrol
penuh, ianya hanya mampu bertahan selama 10 minit sebelum kering.
14. Pada kelajuan 400 km/h, jumlah udara yang disedut oleh
engine veyron membolehkan manusia normal bernafas selama 4 hari.
15. Kunci khas diperlukan sekiranya pemandu ingin memandu
pada halaju 400 km/h. Kunci ini hanya boleh dipasang ketika kereta tidak
bergerak. Ini disebabkan, pemandu perlu memeriksa sistem kereta dan semua
sistem dalam keadaan ok untuk pergi ke halaju 400 km/h.
16. Kos untuk membuat sebiji Bugatti Veyron ialah 1.3 juta
pound. Tetapi ianya hanya dijual pada harga 800k pound.
17. Jika hendak dijual malaysia, harga sebelum cukai ~ RM 4
juta. selepas cukai akan overshoot ~ RM 12 juta. Gaji untuk engineer fresh
graduate di Malaysia ~ RM2500. Maka 333 tahun diperlukan untuk mengumpul duit
untuk membeli sebuah Bugatti Veyron. Itupun, gaji tersebut tak boleh dibelanja
langsung!
ps : kerata mahal2 tetapi tetap terlekat dalam jam dan tetap tak boleh pandu laju.. XD
No comments:
Post a Comment