Pages

Tuesday, 4 February 2014

Asal Usul Sumatera

Sekembalinya dari mengutip ufti dari negara-negara bawah jajahannya, Datuk Lakasmana Ganesh beserta 100 hulubalang singgah di sebuah pulau berhampiran Majapahit. Pulau besar yang tiada berpenghuni itu sejak zaman-berzaman terbiar tanpa pembangunan. Seluruh pulau itu dijelajahinya, tiada apa pun yang ditemui selain hutan belantara, semak samun dan binatang-binatang hutan... Sesampainya dia ke Majapahit dipersembahkanlah hal ini kepada Sultan Sri Wijaya...

Datuk Laksamana : "Tuanku, patik rasa ada elok juga kalau itu pulau kita kasi jajah sama dia?"

Sultan : "Sapa ada sana?"

Datuk Laksamana : "Tara sapa"

Sultan : "Apa nama itu pulau?"

Datuk Laksamana : "Tara tau"

Sultan : "Sana ada orang?"

Datuk Laksamana : "Tara"

Sultan : "Rumah?"

Datuk Laksamana : "Tara"

Sultan : "Sign-Board?"

Datuk Laksamana : "Tara"

Sultan : "Apa pun tara?"

Datuk Laksamana : " Hutan ada la, lain suma tara..."

Sultan : "Okey kalu itu macam kita ambil ini pulau, pasal suma pun tara dekat situ kita kasi dia nama 'SUMATARA'."

Begitulah ceriternye asal usul nama pulau Sumatara yang sekarang dipanggil PULAU SUMATERA...


P/S : Teringat cerita lawak asal usul nama negeri pahang.. otak opah ang~ (orang utara bergaduh) Haha..



Lawak Orang Utara

Satu lagi untuk kita jadikan iktibar apa yang berlaku di sebuah surau di Kedah. Setelah beberapa minit masuk waktu, pak bilal atau muazzin tidak juga muncul, yang ada hanya imam dengan seorang musafir, maka si imam pun minta tolong kepada si musafir untuk azan...

Pak Imam: Saudara bang sat...

Dengan muka merah padam dan marah si musafir menjawab,

Musafir: Saya tahu saya orang luar tapi janganlah panggil saya bangsat!

Pak Imam: Saya suruh saudara bang,bukan panggil bangsat... bang tu azan la..

Musafir yang baru faham bahasa Kedah terus mencelah dengan laju...

Musafir: Oooo baru saya faham..kalau macam tu Pak Imam bang la...

Pak Imam: Awat hang panggil aku bangla pulak?

Musafir: Tak lah saya suruh Pak Imam azanlah....hehe..

Pak Imam: (Adoi.. aku plak yang kena)

Saturday, 16 November 2013

Fakta tentang Bugatti Veyron






Bugatti Veyron adalah salah satu kereta terlaju pernah dihasilkan. Dibawah merupakan fakta mengenai kereta hebat ini. (Dicilok dari facebook)

1. Develop oleh German dan dihasilkan di France.

2. Maximum engine power, 1100 bhp bersamaan dengan 10 engine campro CPS.

3. Jumlah silinder engine ialah 16 iaitu bersaamaan dengan jumlah silinder untuk 4 buah engine kereta biasa.

4. Mempunyai 7 gear. Sama seperti kereta F1. Harga untuk 1 gearbox ialah 120K USD (RM360K). Dengan jumlah duit yang sama, anda boleh membeli sebuah rumah teres di shah alam atau 3 buar rumah teres di Rawang.

5. Tayar kereta ini hanya boleh diservis di France. Harga sekali servis ialah 70K USD dan harga bagi satu set tayar ialah 25K USD. Maka jumlah keseluruhan ialah 125K USD (RM375K). Dengan jumlah yang sama, anda boleh membeli tiket pergi balik dari KLIA ke Amsterdam sebanyak 75 trip.

6. Berat kosong kereta ini ialah 2 tan. Bersamaan dengan berat dua Myvi.

7. Jumlah radiator yang dipasang untuk kereta ini ialah 10. Kereta normal hanya ada 1 sahaja radiator.

8. Maksimum speed untuk kereta F1 ialah sekitar 360 km/h sedangkan maksimum speed untuk kereta ini ialah 434.20 km/h. Maka pemilik kereta ini secara automatiknya mampu mengalahkan schumacher, vettel, alonso dsb.

9. Pada kelajuan 360 km/h, jarak yang dijangkaui dengan kelajuan ini pada setiap saat adalah bersamaan dengan jarak dari hujung ke hujung sebuah padang bolasepak (100m). Usain bolt hanya mampu mengambil masa 9.4 saat untuk menghabiskan 100meter.

10. Kereta ini mampu membrek dari 400 km/h ke 0 km/h dalam masa 10 saat. Jarak braking yang diperlukan ialah 1.2 km. Ini bermakna, ketika kereta ini bergerak pada 400 km/h anda perlu berada at least 1.2 km dari hadapan kereta ini untuk mengelak dilanggar.

11. Kereta ini hanya mengambil masa sebanyak 9.8s untuk memecut dari 0 - 240km/h. Ini bermakna, sekiranya anda mengira 1 hingga 10 dalam permainan sorok2, kereta ini telah berada sejauh 650m dari anda.

12. Pada kelajuan 400 km/h ke atas, setiap minit kereta ini memerlukan 1.2 liter petrol. Jumlah yang menyamai 2 botol air mineral kecik ataupun RM 2.20sen (harga petrol semasa). Selepas 10 minit, kos akan meningkat kepada RM22. cukup untuk cover duit minyak motor selama 2 minggu.

13. Pada kelajuan 400 km/h tayar kereta hanya boleh bertahan selama 15 minit sebelum pecah. Tetapi, jangan risau sebab, walaupun petrol penuh, ianya hanya mampu bertahan selama 10 minit sebelum kering.

14. Pada kelajuan 400 km/h, jumlah udara yang disedut oleh engine veyron membolehkan manusia normal bernafas selama 4 hari.

15. Kunci khas diperlukan sekiranya pemandu ingin memandu pada halaju 400 km/h. Kunci ini hanya boleh dipasang ketika kereta tidak bergerak. Ini disebabkan, pemandu perlu memeriksa sistem kereta dan semua sistem dalam keadaan ok untuk pergi ke halaju 400 km/h.

16. Kos untuk membuat sebiji Bugatti Veyron ialah 1.3 juta pound. Tetapi ianya hanya dijual pada harga 800k pound.

17. Jika hendak dijual malaysia, harga sebelum cukai ~ RM 4 juta. selepas cukai akan overshoot ~ RM 12 juta. Gaji untuk engineer fresh graduate di Malaysia ~ RM2500. Maka 333 tahun diperlukan untuk mengumpul duit untuk membeli sebuah Bugatti Veyron. Itupun, gaji tersebut tak boleh dibelanja langsung!



ps : kerata mahal2 tetapi tetap terlekat dalam jam dan tetap tak boleh pandu laju..  XD

Tuesday, 20 August 2013

Syiah Dan Iran


           Seperti yang kita ketahui, Iran adalah salah satu negara Syiah terbesar di dunia. Iran terkenal dengan sejarahnya iaitu ‘Revolusi Islam Iran’ yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeini, seorang pemimpin besar Syiah. Namun, pernahkah kita bertanya, “mengapa Syiah itu berpusat di Iran dan tidak di negara lain?” Untuk menjawab persoalan berkenaan, maka adalah seharusnya kita kembali kebelakang, mengkaji sejarah masa lalu.


       Iran merupakan negara yang dahulunya dikenali dengan nama Parsi. Parsi merupakan sebuah kerajaan yang besar dimana majoriti penduduknya menganut agama Majusi (penyembah api, atau lebih dikenal sebagai Zoroasterisme). Kehidupan mereka mewah dengan harta benda, kerana sememangnya kota-kota di Parsi itu indah dan subur, serta peradabannya cukup maju pada masa itu.

         Pada abad ke-7 Masihi, ketika cahaya Islam baru sahaja menjadi satu kuasa besar dalam percaturan kekuasaan di dunia, Islam tampil sebagai 'rising star' dibawah pimpinan Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar mengembangkan wilayah Islam sehingga ke Parsi, dimana pada ketika itu Parsi bernama Sassania. Pertempuran tentera Islam melawan tentera Parsi yang dikenali dengan nama peperangan Qadisiyah, diantara Saad bin Abi Waqqash melawan panglima Parsi, Rustum. Parsi akhirnya kalah. Peperangan demi peperangan melemahkan lagi empayar Parsi sekaligus membawa Kaisar Parsi di ambang kehancuran. Akhirnya Empayar Parsi benar-benar runtuh dalam Perang Madain pada tahun 651 Masihi.



Sunday, 3 March 2013

2 Sahabat

Al kisah dua orang pelajar Syariah tengah makan tengahari.

Si A mengambil sepinggan nasi beserta lauk, lalu dia duduk dan makan. Begitu juga sahabatnya si B.

Belum sempat si A selesai menyuap suapan yang ke-3, si B sudah bangun menambah.

Pelajar A: Oi, cepatnya engkau tambah!
Pelajar B: Sesungguhnya Allah mencipta makhluknya berpasangan, aku ikut sunnatullah je, dua.
Pelajar A: . . .

--
Kemudian baru suapan ke enam pelajar A, si B sudah licin pinggannya dan tambah lagi.
Pelajar A: Tadi kata berpasangan?
Pelajar B: Sunnah Rasul buat sesuatu 3 kali. Macam wudhu', beri salam, dan lain-lain, maknanya 3  ni bilangan istimewa. Rasul SAW kalau ulang sesuatu yang penting pun 3 kali.
Pelajar A: . . .

--
Tak sampai seminit, si B tambah lagi!
Pelajar A: Lapar betul engkau ni! Tadi kata ikut sunnah?
Pelajar B: Seorang lelaki boleh berkahwin empat, itu had nafsunya. Sedangkan kahwin pun boleh empat, apa salahnya makan empat?
Pelajar A: Nafsu pulak . . .

--
Pelajar A baru habis separuh pinggan, si B tambah lagi!
Pelajar A: Kuat betul nafsu engkau!
Pelajar B: Kalau solat yang menjadi makanan rohani itu lima kali sehari, nasi pulak makanan jasmani. Yang penting khusyuk!
Pelajar A: Pandai-pandai je...

--
Dan B seterusnya tambah pinggan yang keenam.
Pelajar A: Hai... solat sunat pulak ke?
Pelajar B: Allah mencipta alam langit dan bumi bukan gedebok sekaligus, tapi Allah bahagi-bahagikan ke enam hari, yakni enam peringkat. Allah ajar kita, buat sesuatu mesti bersistem, ada tahap-tahapan! Jadi aku makan pun bukan sekaligus, tapi sikit-sikit, enam peringkat, ikut sunnatullah.
Pelajar A: . . .

--
Pelajar A hanya tersenyum sumbing. Dia baru nak habis sepinggan, B dah tambah lagi.
Pelajar A: Hebat gila selera engkau.
Pelajar B: Angka tujuh ialah angka yang istimewa. Allah cipta tujuh hari seminggu, tujuh langit, tujuh ayat surah al-Fatihah, dan banyak lagi contoh lain keistimewaan angka tujuh.

Pelajar A: (tersenyum sinis) Meh aku beritahu engkau sesuatu.
Pelajar B: Apa dia?

Pelajar A: Aku baru makan SATU pinggan. Engkau dah makan TUJUH. Bukan ke Nabi s.a.w bersabda yang orang kafir makan dengan TUJUH perut, sedang orang Islam hanya  makan dengan SATU perut?

Pelajar B: LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH! Nasib baik engkau ingatkan! 
                 Meh aku tambah lagi sepinggan, biar tak menyamai orang kafir!
Pelajar A: (tepuk dahi kuat-kuat)

--------------------


Moral:

Orang agama atau orang yang cerdik adakalanya lebih pandai memutar-belit hujah jika mereka tidak jujur. Maka bertakwalah kepada Allah, sama ada anda belajar agama atau tidak. Lebih-lebih lagi jika anda belajar agama. Dan nilailah setiap perkataan dengan neraca iman dan ilmu, dan bertanyalah kepada orang yang lebih alim dan dipercayai kejujurannya. Kalau manusia biasa pun pandai mencipta alasan, inikan pula orang alim dan cerdik pandai!
Credit to facebook

Mengapa Portugis tidak menawan Utara?

Mengikut sejarah, Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke AsiaTenggara (Melaka pusat perdagangan Asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 (anggaran) bala tentera.

1509: Portugis menghantar perisik keMelaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah,Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat Dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara,mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalampertempuran selama 6 Hari itu dengan 5 Hang bersaudara. Akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan berputus asa.

1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah Dan P.Pinang, yang ketikaitu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini.

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera disana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.

Saturday, 8 December 2012

Siapa Salah Siapa Betul?


Sepasang pengantin baru sedang berjalan bergandingan tangan di sebuah Taman pada suatu malam musim panas yang indah, selepas makan malam.
Mereka sama-sama sedang menikmati yang menakjubkan tatkala mereka mendengar suara di kejauhan: "Kuek! Kuek!"
"Dengar," kata is isteri, "Itu pasti suara ayam."
"Bukan, bukan. Itu suara itik," kata is suami.
"Tak, aku yakin itu ayam" is isteri berk
eras.
"Mustahil. Suara ayam itu 'kukukuukruuuk!', Itik itu 'kuek! Kuek! 'Itu itik, Sayang" kata is suami dengan disertai gejala-gejala awal kekesalan.
"Kuek! Kuek!" terdengar lagi.
"Baik, tu! Itu suara itik" kata si suami.
"Bukan, Sayang. Itu ayam. Aku yakin betul" jawab si isteri, sambil Menghentakkan kaki.
"Dengar ya! Itu a ... DA ... Lah ... I ... tik, ITIK. ITIK! Faham? " Si suami berkata dengan marah.
" Tapi itu ayam" Si isteri masih berkeras.
"Itu jelas-jelas I ... tik, kamu ... Kamu ...." Terdengar lagi suara, "Kuek! Kuek!" sebelum si suami mengatakan sesuatu yang sebaiknya tak sempat dikatakannya.

Tuesday, 4 December 2012

Puan Pandai Main Seks?

Seorang lelaki menghampiri rumah jirannya dan mengetuk pintu…
Ketika wanita muda tuan rumah itu membuka pintu..lelaki itu bertanya… “Cik Puan… adakah cik puan pandai bermain seks?”
Kerana terkejut… wanita muda itu menghempas pintu rumahnya dengan perasaan marah… Namun, lelaki itu tetap mengetuk pintu rumah tadi dan bertanyakan soalan yang sama. Kali ini wanita muda itu menjerit sekuat hati sambil mengusir jirannya yang tidak senonoh itu…
Malamnya.. wanita itu telah menceritakan kejadian memalukan siang tadi kepada suaminya. Suaminya berjanji akan menunggu lelaki biadap itu keesokan harinya jikalau dia datang lagi.
Ternyata benar… keesokan harinya lelaki yang sama datang lagi dan mengetuk pintu. Wanita itu segera membuka pintu sementara suaminya bersembunyi sambil memegang senapang…
Lelaki itu terus bertanya..”Cik Puan… Cik Puan ni pandai tak main seks?”
“Mestilah pandai.. kenapa encik bertanya soalan ini?” jawab wanita itu dengan berani…
“Baguslah kalau pandai… ” kata lelaki itu… “Kalau begitu.. puaskanlah suami cik puan dan beritahu dia supaya menjauhi isteri saya!!!”

Kantoi Skodeng (2)

Malam pertama buat sepasang pengantin baru. Si suami baru saja memadamkan lampu bilik. Selang 15 minit si isteri mengerang.
“Adui.. Sakitnya B… !”
Si suami cuba menenangkan isterinya.
“Jangan nangis baby.. Nanti mama papa dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..”
Kebetulan bilik mama papa hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. Si isteri masih mengerang kesakitan.
“Sakitnyerrr B………”
Kerana tidak dapat menahan sakit, si isteri terus mengerang. Si suami cuba memujuk.
“Sabar ye Baby! Tahan sikit.. Esok baru cabut.”
Tanpa disedari rupanya papa mengikuti perkembangan pengantin dan terdengar anak perempuannya mengerang. Mula dia tidak peduli, biasalah malam pertama. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Lantas terus dia bangun, pergi ke bilik sebelah dan terus menendang pintu bilik pengantin.
Dengan rasa geram papa memarahi menantunya.
“Apahal ni? Mati lah anak aku kalau esok baru kau nak cabut! Kau cabut sekarang!!!”
Terkejut besarlah pasangan pengantin baru. Sambil menahan sakit, si pengantin perempuan pun berkata kepada papa nya..
“Papa, takkanlah sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”






Kantoi Skodeng

Setelah sekian lama bercouple, akhirnya Ammar dan Siti selamat diijabkabulkan di majlis yang begitu meriah. Majlis pernikahan dah selesai tetamu pun sudah balik.
Di ruang tamu, si ayah mengelamun sendiri. Boring dengan situasi itu, si ayah melangkah ke bilik pengantin.
Di kamar pengantin kedua mempelai asyik membelek hadiah-hadiah. Si ayah pula memasang telinga mendengar perbualan.
Kedua pengantin sedang membelek sepasang kasut hadiah dari tetamu yang datang.
” Nak cuba malam ni, bang.” pengantin perempuan bersuara. Berdebar dada si ayah mendengarnya. "Boleh saja biar abang masukkan?” Pengantin lelaki menyarung kasut di kaki isterinya.
“Tak muat bang, sempit oh sakitnya.” Ternyata kasut itu bukan saiznya. 
“Kalau tak muat nak buat camana?” tanya pengantin lelaki gundah suaranya.
” Sapu air liur…!” Si ayah bersuara dari luar bilik. Ammar dan Siti ketawa berdekah-dekah dalam bilik. Ternyata ayah sudah silap membuat terjahan!!!!
.

Sunday, 1 July 2012

Italy vs Spain

 Final euro mlm ni.. Pasukan pilihan aku msti la Itali..Kenapa itali? Sebab ade mario ngan luigi..      Go save the princess. !!


Sebab pilih Itali!
Based on history.. sape yang kalahkan German dia la juara.. german je satu2nye team x pernah kalah sblm ni.. so team yang kalahkan german msti mantap dan terpilih!!

       



Seasion ni seasion team biru.. Man City, chelsial.. yang merah cam MU jadi second je.. so Spain.. ready to be the second!! haha..

Monday, 2 January 2012

Troll Secretary

   
     Dua minggu yang lalu merupakan ulang tahunku yang ke-35 dan mood-ku tidak terlalu baik pada pagi itu. Aku turun untuk sarapan dengan harapan isteriku akan mengucapkan dengan penuh sukacita. Selamat Ulang Tahun suamiku tersayang. Waktu berlalu dan bahkan dia tidak mengucapkan selamat pagi.

    Aku berpikir, ya, itulah isteri, tapi mungkin anak-anakku akan ingat kalau hari ini aku berulang tahun. Anak-anak datang ke meja makan untuk sarapan namun mereka juga tidak mengatakan satu patah katapun. Akhirnya aku berangkat ke pejabat dengan perasaan penuh kecewa dan sedih. Di pejabat, Ketika aku masuk ke pejabat, sekertariku, Janet, menyapaku, "Selamat pagi Boss, Selamat Ulang Tahun". Dan akhirnya aku merasa sedikit terubat mengetahui ada seseorang yang mengingat hari ulang tahunku. Aku bekerja sampai tengah hari dan kemudian Janet mengetuk pintu bilikku dan berkata, "Apakah tuan tidak menyadari bahwa hari ini begitu cerah di luar dan hari ini adalah hari ulang tahun tuan, mari kita pergi lunch, hanya kita berdua".


    Aku berkata "Wow!, itu adalah perkataan yang luar biasa yang saya dengar hari ini, mari kita pergi". Kami berdua perg lunch. Kami tidak pergi ke tempat di mana kami biasanya lunch, tetapi kami pergi ke tempat yang sepi. Kami memesan 2 gelas fresh orange dan menikmati makanan tengahari kami. Dalam perjalanan pulang ke pejabat, Janet berkata, "Anda tahu ini adalah hari yang begitu indah, kita tidak perlu kembali ke pejabat kan?". "Tidak perlu, saya pikir pon tidak perlu" jawabku. Lalu dia mengajak saya untuk rehat ke apartmentnya. 

    Setelah tiba di apartmentnya, dia berkata, "Tuan, jika tuan tidak keberatan, saya akan pergi ke ruang tidur dan berpakaian seksi sedikit". "Tentu saja boleh", sahutku dengan gembira. Dia pergi ke kamar tidur dan kira-kira enam minit kemudian dia keluar membawa kek ulang tahun yang besar diiringi oleh isteri, anak-anakku dan sejumlah rakan kerja kami sambil menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun. Aku....

Aku hanya duduk terpaku di situ, Di sebuah sofa panjang, telanjang tanpa sehelai benang.

Sacretary yang baik... hahaha 

Credit to kcv4275

Saturday, 31 December 2011

Najwa Latif

Suatu hari Najwa Latif berpindah ke sekolah baru....

Cikgu: selamat berkenalan....
Najwa: kita Berkenalan hanya dalam laman muka buku.... :)
Cikgu: sat gi cikgu hantar kau dekat guru besar baru tau...
Najwa: Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwouwo :P
Cikgu: cikgu sakit hati dah ni =="
Najwa: hati ku rasa sesuatu :P
Cikgu : sebelom kamu balik, datang jumpa saya kat office..
Najwa : Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Cikgu: atau kamu nak saya hantar kamu dekat guru besar? >:(
Najwa: Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu :)
Cikgu: cikgu rasa kamu ni dah tak betol..
Najwa: Oh oh benarkah rasa itu...
Cikgu : ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office jumpa saya!!
Najwa : bagaimana harus bersua...ku rasa gementar tapi bahagia
Cikgu : memang kalau dah ade peluang nak rotan je kamu ni...
Najwa : perlukah kita cari peluang pertama..
Cikgu : saya dah agak hang ni bermasalah..
Najwa : walaupun kita tak pernah berjumpaa..... ooohh uwouwouwo\
Cikgu: otak saya dah sarat dengan macam2 masalah.. Kamu ni buat...
Najwa: Banyak persoalan yang berada di minda =P

Pelajar lain menyampuk: cikgu ni banyak tanya la...

Najwa : Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Cikgu disiplin : cikgu jom pegi lunch dengan saya kejap lagi
Cikgu: Argh, tak nak, nak settle kes najwa ni
Najwa : Otak kata jangan hati pula kata ya =)
Cikgu: tak menentu saya di buatnya..
Najwa : Hidup tak menentu adakah ini cinta......
Cikgu : konfius!!!
Najwa : banyak soalan banyak juga jawapannya

Pelajar lain : kalau ikut hati,cikgu kami memang nak bunuh hang ni adoiii

Najwa : kata hati dan rasa tak dibiar saja..
Cikgu Disiplin : masuk bilik saya nak jalankan operasi merotan ni...
Najwa : setiap yg berlaku ada kebaikannya,harus pejam mata dan cuba apa saja...
Cikgu Disiplin : kamu pandang muka saya..
Najwa : Pabila kau renung tajam tajam mata aku
Cikgu Disiplin : cikgu, kau rasa kita nak report kat encik latif ke..
Cikgu : aku rasa...
Najwa : Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Cikgu : Najwa! Ape semuanya ni?
Najwa : Oh oh ini cinta remajaku.. :P
Cikgu : cinta? Dengar baik2 kata- kata cikgu ni...
Najwa : Dan pabila kau katakan kau suka aku... ^^,
Cikgu Disiplin : sudah., Diam!!
Najwa : Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju...
Cikgu Disiplin : Cikgu! cinta apa yang dia merepek ni?
Cikgu : Oh oh itulah cinta yang satu  XD
Cikgu Disiplin , Cikgu , Najwa : Cinta di muka bukuu.... 

 Credit to super android

Si Isteri dengan 3 permintaan.

      Alkisah seorang isteri yang bergaduh dengan suaminya. Kerana marah si isteri ini lari ke dalam hutan meninggalkan suaminya. Adapun di dalam hutan tersebut maka terserempaklah dia dengan jin yang terperangkap di dalam botol. Maka berkatalah jin tersebut kepada si isteri tersebut. " Jikalau kau membebaskan aku maka aku akan tunaikan permintaanmu".

Setelah berfikir sejenak maka bertindaklah si isteri tersebut membebaskan jin yang terperangkap di dalam botol. Setelah dibebaskan jin tersebut maka bersuara si isteri kepada jin. "Sekarang kamu makhluk untuk menunaikan permintaan dariku ini". Maka berkata pula jin tersebut. "Adakah kamu sudah berumahtangga?"
"Sudah, tapi mengapa ditanya? " Balas si isteri. "Kalau begitu aku berimu dua pilihan.
Pilihan pertama kamu mendapat satu permintaan, dan
pilihan kedua kamu akan mendapat 3 permintaan tetapi suamimu akan mendapat sepuluh kali ganda dari apa yang kamu minta".

Setelah memeras otak maka si isteri memilih untuk mendapat tiga permintaan. Sekali lagi jin tersebut memberi amaran bahawa suaminya akan mendapat sepuluh kali ganda permintaannya itu. Setelah bersetuju maka berbunyilah permintaan si isteri.

Permintaan pertama : "Aku hendak menjadi wanita tercantik di dunia."
Jin berkata : "Suamimu akan menjadi lelaki yang terkacak di dunia".
Di dalam hati si isteri : "Tak apa... Sebab aku adalah wanita tercantik".

Maka tertunailah permintaan pertamanya itu.

Permintaan kedua: "Aku hendak menjadi wanita terkaya di dunia."
Jin berkata : "Suamimu akan menjadi lelaki yang terkaya di dunia dan hartanya sepuluh kali ganda darimu".
Di dalam hati si isteri : "Tak apa... Sebab hartanya, harta aku juga".

Maka tertunailah permintaan keduanya itu.

Setelah dua permintaannya ditunaikan maka timbullah rasa dendam di dalam jiwa si isteri tersebut. Maka permintaan si isteri yang terakhir adalah "Wahai jin, permintaan ketigaku adalah aku mendapat serangan jantung yang ringan".

Tanpa persoalan maka jin tersebut menunaikan permintaan tersebut.

Moral: Kaum Adam beringatlah bahawa wanita itu bijak, maka janganlah mencari pasal dengan mereka.

Perhatian kepada pembaca wanita : Ini adalah pengakhiran cerita untuk kamu. Teruslah berasa bahagia dengan cerita ini.

Kepada kaum lelaki teruskan membaca. Cerita lelaki masih belum tamat.

Suami si isteri tadi mendapat serangan jantung sepuluh kali lebih ringan dari si isteri.

Moral: Wanita taklah bijak sangat. biarkan mereka bergembira dengan cerita mereka.

P/s : Sekiranya anda wanita dan masih lagi membaca artikel ini maka terbuktilah wanita itu tidak suka mendengar cakap. Sebab itulah anda masih membaca artikel ini walaupun sudah diberitahu cerita kamu sudah berakhir.

credit to star_plateena