Pages

Saturday 8 December 2012

Siapa Salah Siapa Betul?


Sepasang pengantin baru sedang berjalan bergandingan tangan di sebuah Taman pada suatu malam musim panas yang indah, selepas makan malam.
Mereka sama-sama sedang menikmati yang menakjubkan tatkala mereka mendengar suara di kejauhan: "Kuek! Kuek!"
"Dengar," kata is isteri, "Itu pasti suara ayam."
"Bukan, bukan. Itu suara itik," kata is suami.
"Tak, aku yakin itu ayam" is isteri berk
eras.
"Mustahil. Suara ayam itu 'kukukuukruuuk!', Itik itu 'kuek! Kuek! 'Itu itik, Sayang" kata is suami dengan disertai gejala-gejala awal kekesalan.
"Kuek! Kuek!" terdengar lagi.
"Baik, tu! Itu suara itik" kata si suami.
"Bukan, Sayang. Itu ayam. Aku yakin betul" jawab si isteri, sambil Menghentakkan kaki.
"Dengar ya! Itu a ... DA ... Lah ... I ... tik, ITIK. ITIK! Faham? " Si suami berkata dengan marah.
" Tapi itu ayam" Si isteri masih berkeras.
"Itu jelas-jelas I ... tik, kamu ... Kamu ...." Terdengar lagi suara, "Kuek! Kuek!" sebelum si suami mengatakan sesuatu yang sebaiknya tak sempat dikatakannya.

 Si isteri sudah hampir menangis, "Tapi itu ayam ...."
Si suami melihat air mata yang berlingan di kolopak mata isterinya, Dan akhirnya .... Wajahnya tenang dan katanya dengan mesra, "Maafkan abang, sayang. Abang rasa sayang benar. Itu agaknya memang suara ayam."
"Terima kasih, Sayang" kata si isteri sambil menggenggam tangan Suaminya.
"Kuek! Kuek!" terdengar lagi suara di hutan, mengiringi mereka berjalan Bersama dalam cinta.

Moral:
Maksud dari cerita bahawa si suami akhirnya sedar adalah: siapakah yang Peduli itu ayam atau itik? Yang lebih penting adalah kebahagiaan mereka, yang membuat mereka dapat menikmati keserasian pada malam yang Indah itu.
Berapa banyak perkahwinan yang hancur hanya disebabkan persoalan remeh?
Berapa banyak perceraian berlaku kerana hal-hal "ayam atau itik"?
Ketika Kita memahami cerita tersebut, Kita akan ingat apa yang menjadi keutamaan Kita. Perkahwinan jauh lebih penting daripada mencari siapa yang benar tentang apakah itu ayam atau itik. Lagi pula, betapa sering Kita merasa yakin, amat sangat mantap, mutlak bahawa kita benar, namun sebaliknya ternyata kita salah? Jadi, siapa tahu? Mungkin saja itu adalah ayam yang diubah genetik sehingga bersuara seperti itik!
p/s : Dedikasi utk member2 aku yg melangkah masuk ke alam rumah tangga.

Ni aku cilok dr facebook k..



No comments:

Post a Comment